Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera
Info kali ini berkaitan dengan "Made In"
Info ini mungkin telah berkali-kali diupload oleh para seller dan
penggemar Gshock yang lain. Tapi masih ada yang belum tahu atau pun
keliru berkaitan perkara ini.
Saya upload semula untuk yang belum tahu.
Memandangkan masih banyak nubis, seller dan collector yang baru yang
masih was-was kenapa "jam getah" jenama Casio ada 3 tempat pembuatan
walaupun ianya model yang sama.
Disini saya akan senaraikan dengan lengkap dimana jam G-Shock dibuat.
a) Kilang Casio Yamagata, Jepun.
Kilang premium Casio adalah khusus untuk pembuatan dan pertukangan jam
yang tertinggi dalam kelasnya tersendiri, kesemua model dihasilkan
merupakan model Aras Tinggi ataupun Finest Level Watch Making.
Model-model yang dihasilkan sepenuhnya di kilang ini ialah:
1) Master of G - Frogman (kesemua model Frogman dari model sulung
DW-6300 hingga ke model generasi terkini, GW-1000 ataupun GF-1000.
2) Model FS dan VT untuk model DW-6900FS dan DW-5600VT untuk kolaborasi
dengan jenama tempatan yang terkenal di Jepun seperti siri animasi,
automotif, makanan/minuman, fesyen pakaian/kasut, pasukan besbol ataupun
bola sepak tempatan Jepun. Kebiasan model ini ialah untuk hadiah
ataupun 'gift watch' kepada kakitangan yang berkhidmat dengan syarikat
berkenaan.
3) Model solar atomik petak GW-5000. Model ini
dikhusus pembuatan di Jepun disebabkan model ini merupakan model
'origin' ataupun tempat lahir model pertama G-Shock DW-5000 pada bulan
April, tahun 1983.
4) Model ulang tahun seperti edisi ke 30
G-Shock dimana model petak DW-5030C, GW-T5030C dikhusus juga dalam
pembuatan ini untuk mengekalkan statusnya sebagai model sulung G-Shock
yang berada di pasaran selama 3 dekad.
5) Selain G-Shock, kilang
Yamagata juga menghasilkan model-model Protrek premium yang khusus untuk
pasaran Jepun sahaja. Contoh: PRW-2000A, PRW-5000, PRW-5100, PRW-S5100,
PRW-5050, PRW-6000, PRX-7000 & PRX-8000.
6) Model yang lain
juga di hasilkan ialah MRG, MTG dan Oceanus. Model MRG dan MTG merupakan
model G-Shock yang paling tinggi dan termahal disebabkan faktor
penggunaan bahan mentah yang berkualiti tinggi seperti Titanium dan Gred
Besi Tahan Karat yang terbaik ataupun dipanggil 'Refined Material'.
Manakala Oceanus pula ianya adalah kesemua teknologi G-Shock dalam casis
jam Rolex, Oris yang lebih nipis dan elegan.
8) Model aviator. Contoh: GW-A1000, GW-A1100, GPW-1000, GW-3000, GW-3500 & GW-4000.
7) Kebiasaan kod kilang premium akan di tempa dengan huruf Y, H, K dan P
pada permukaan belakang jam. Kod ini merupakan kod pengeluaran standard
dijamin kualiti ditahap tertinggi.
b) Kilang Casio Thailand, Thailand.
Kilang pertengahan ini ditubuhkan pada sekitar tahun 2003 dengan
kapasiti menghasilkan model pertengahan kepada pasaran global.
Model-model yang dihasilkan ialah:
1) Model Master of G - Mudman
G-9000, G-9300/GW-9300. Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110. Riseman
GW-9200/GW-9200J/G-9200. Rangeman GW-9400/GW-9400J.
2) Model DW-5600/DW-6900, G-5600/GW-5600, G-6900/GW-6900.
3) Model Protrek siri PRG: PRG-40, PRG-50, PRG-60, PRG-70, PRG-80,
PRG-90, PRG-100, PRG-110, PRG-130, PRG-240, PRG-250, PRG-260, PRG-270,
PRG-280 dan PRW-3000.
4) Model GDX-6900 & GBA-400, G-8000, G-8100.
5) Model aviator pertengahan: G-1050, G-1200, G-1250, G-1400 dan G-1500
*Nota: Semasa berlaku bencana banjir besar di Thailand pada tahun 2011
dimana ianya telah melumpuhkan operasi kilang Casio di Thailand, maka
sesetengah batch pengeluaran model Master of G terpaksa dipindahkan
sementara ke kilang Casio Yamagata Jepun untuk menampung permintaan.
Oleh itu, model-model Master of G seperti Riseman G-9200 dan Mudman
G-9300 pada tahun 2011/2012 akan mempunyai kod huruf Y dibelakang jam
tersebut.
Untuk model Master of G Mudman G-9000 dan Gulfman G-9100/GR-9110/GW-9110 pula dipindahkan di kilang Casio China.
Pada tahun 2013, model-model Master of G dipindah kembali ke kilang Casio Thailand yang baru di utara Thailand.
c) Kilang Casio GuangZhou, China
Kilang permulaan ini merupakan tempat pembuatan kesemua model asas jam
Casio termasuk model G-Shock yang tidak perlu menitik berat fungsi yang
kompleks.
Model-model yang dihasilkan ialah:
1) DW-6900-1V/DW-6900G/DW-5600E/DW-5600G.
2) Model Xtra Large GA-100/GA-110/GA-120/GA-150/GA-200/GA-210/GA-300/GA-300/GA-310/GA-400/GD-100/GD-200/GD-350/GD-400.
3) Model siri 7900: G-7900, G-7900A, GR-7900, GW-7900.
4) Model siri 8900: GLS-8900, GW-8900, GWX-8900.
5) Model siri GLX: GLX-150, GLX-5600, GLX-6900.
6) Model siri M5610: GW-M5610, GW-M5610B, GW-M5610NV, GW-M5610KG dan model-model yang setaraf.
7) Model standard yang lain: AWG-M100 & AWG-M510, GW-M500/GW-M500F.
8) Kod yang biasa ditempa di belakang jam ialah DH.
Nota Tambahan: Untuk perkataan Cased in Thailand ataupun China yang
biasanya dijumpai pada model jarum dengan angka ataupun dengan jarum,
perlu diingatkan bahawa kesemua modul jam direka di Casio Jepun.
Kilang Thailand ataupun China bertanggungjawab sepenuhnya dalam proses
pemasangan ataupun CKD (Complete Knock Down), hanya model-model dari
kilang premium Yamagata Casio Jepun saja ialah CBU
(Complete Built Unit) sepenuhnya.
Mengenai tali dan buckle pula ada yang buatan Jepun, China dan
Thailand. Kebiasan model standard warna hitam biasanya akan dibuat oleh
Casio Jepun sebagai sampel sebelum dipindahkan pada 2 kilang yang lain untuk pengeluaran penuh.
Sesetengah model yang mempunyai warna ataupun lapisan berkilau akan
diselia sepenuhnya oleh Casio Jepun. Setelah kedua-dua pembekal bahan
mentah ke kilang Thailand dan China lulus dalam ujian sampel QC oleh
Casio Jepun, maka lampu hijau akan diberikan kepada mereka.
Ingat, kualiti resin pada jam Casio adalah terkawal jadi tidak usah
risau dimana ianya dikeluarkan lagipun ianya juga berasal dari kilang
Casio.